Sabtu, 3 Disember 2011

sekadar coretan..








 malu aku berbicara,
malu untuk aku meluahkan,
sekadar coretan sepi di pinggir hati,
bukan bermaksud ku riya',
bukan juga maksudku menunjuk-nunjuk,
hanya luahan yang harap dapat difahami,
insan-insan yang aku sayangi,
jalan ini aku tempuhi,
sesungguhnya terlalu takut aku rebah sebelum manisnya perjuangan ku genggam,
terlalu sukar dan payah bagi aku seorang insan biasa,
berdiri di bumi ini mencari erti keredhaan,
perlahan ku meniti jalan istiqamah,
merangkak-rangkak pada jalan mujahidah,
tertatih dalam makna kehidupan,
mengharap sinar di hujung jalan,
aku mengharapkan mereka mengerti,
perasaan ini yang sentiasa menghantui,
namun yang pasti,
perjuangan ini takkan ku biar sepi,
meskipun tiada siapa memahami,
jalanku menuju redha ilahi,
terasa jauh kembara ini,
biarpun pahit tetapi ku terokai,
kerana sesungguhnya mujahidah itu pahit kerana nikmat syurga yang teralu manis.






Selasa, 29 November 2011

Hari Ini..

Dah lama rasanya aku x menulis di sini...Sibuk, penat ditambah lagi dengan tak de idea...rindu pula pada temen-teman lama...teringat masa sekolah menengah dulu..tapi hari ni aku nak kongsi satu cerita..walaupun x pasti berapa ramai yang berminat nak baca cerita aku ni.....

Hijrah.....
perubahan negatif ke arah positif...berubah minda dan pemikiran..berubah tempat tinggal.
yup..aku sedang berhijrah....bermula dengan melanjutkan pelajaran di negeri di bawah bayu....kemudian berhijrah ke satu pemikiran yang lebih rasional dan kehadapan..memandag manusia dari sudut perspektif yang berbeza...berdasrkan psikologi.....dan akhirnya perubahan dalaman..spiritual...dibimbing dengan cahaya untuk menempuh onak dan duri kehidupan...hari ini...satu perubahan besar aku lakuka...ya...perubahan besar bagi diriku,seorang insan biasa yang menumpang di bumi yang fana..berhajat tinggal disinggahsana syurga...perubahan ini aku sifatkan sebagai perlu..sebagai penilaian diri dan panduan kehidupan.apa yang aku cari selama ini..aku realisasikan walaupun aku sendiri agak takut tentang kenipisan iman ini...melabuhkan tudung..persoalan yang dulunya menimbulkan konflik dalam diri kini akhirnya aku cuba realisasikan....istiqamah....ya...aku perlu kekuatan istiqamah itu......moga...aku terus istiqamah dalam perubahan ini.......

Jumaat, 28 Oktober 2011

kerana Dia

assalamualaikum...





coretan rasa hati...kalbu menderita sakit..hati berdarah merana....hanya kerana satu kesilapan....aku belajar erti persahabatan, aku belajar erti berdikari tapi aku lupa belajar untuk menghargai diri....satu kesilapan yang membuka mata dan minda....kesilapan yang membuka dosa yang ku anggap tidak mengapa satu ketika dulu...perubahan drastik..itu kata saudaraku...biarlah apa kata mereka..kerana hanya aku yang tahu betapa sakit dan perit lg seksa aku menanggung semua ini....
 
KATA HATI....
sakit rasanya Ya Allah....sakit perasaan ku ini...ujian pertama dalam hidupku sebegini....rasa serba salah dan gelisah menghantui fikiran setiap detik dan masa...Ya Allah..kuatkanlah aku.....Biarlah aku berubah keranaMu...aneh diriku ini diuji sebegini berat baru aku tersedar....hanya kerana satu kesilapan aku malu....terasa diriku insan yang paling hina.....terasa aku hamba yang tak pernah bersyukur...hamba yang tak kenal penciptanya...hanya mengetahui tapi tak pernah mengenali...tahu Kau wujud tapi tak pernah mengenal sifatMu............
         
air mata saat ini sahabat...ya sahabat.....penemanku...kerana aku sudah tak mampu berbicara....

Jumaat, 14 Oktober 2011

sakit.......











Sakit itu lumrah manusia...kerana kita insan yang lemah..Pernahkah saudara mahupun saudari berasa begitu lemah,hilang tempat bergantung saat itu hati meronta inginkan teman untuk berbicara dengan harapan sakit itu akan sembuh.namun,apa yang terjadi sakit itu bertambah malah luka yang sikit kini hampir menjadi besar..Pernahkah kita berasa dunia ini tidak adil bagi kta lantas tanpa sengaja kita ucapkan Ya Allah mengapa aku yang terpilih menghadapi ujian ini sedangkan aku tak pernah menyakiti insan lain,aku tak pernah mengganggu hidup orang lain..apa salahku tuhan..

Fikir Sejenak....
Benarkah kita tidak pernah membuat salah...???...Mungkin sakit yang kita rasakan saat ini adalah peringatan untuk kita,supaya kita kembali mengenang kelakuan kita pada masa lampau terhadap teman-teman,saudara dan keluarga..sakit yang kita rasakan tika ini adalah pengajaran buat kita agar terus kuat menempuh ujian kehidupan..kerana sakit itu memberimu pengajaran yang besar...sebab itu kita perlu bersyukur kerana pernah merasakan sakit.....ada penyakit yang boleh diubati denagn ubat...

Bagaimana dengan sakit rohani??hati???
Hati itu penentu sikap seseorang...hati itu umpama raja bagi tubuh badan,segalanya berkaitan hati....wahai hati kenapa kau bersedih hari ini...wahai hati mengapa kau selalu mendambakan cinta manusia...wahai hati mengapa kau susah untuk mencintai Allah melebihi segalanya...wahai hati mengapa kau selalu risau akan hari esok sedangkan Allah yang menentukan segalanya...mengapa mudah kau berputus asa wahai hati...??hati terdiam..mengapa?????kerana aku kurang bergantung pada Allah..kerana aku lupa Allah pemilik segalanya...sedangkan hati ini juga dicipta oleh Allah....iman...dekatlah engkau dengan hati agar diri ini terbimbing...agar nafsu dapat ditumpaskan...agar hilang segala perasaan ragu dan risau terhadap urusan dunia yang hanya sementara...dekatlah engkau wahai iman agar aku yakin dengan penuh keyakinan bahawa tempat aku bergantung hanya kepada Dia yang Maha Kuasa...agar aku tidak lupa bahawa Dia sentiasa menyayangiku...kerana aku pasti akan menemuiNya...



Ahad, 18 September 2011

ketika itu......

                                                                        



Damai bayu petang itu membawa aku jauh ke memori lalu...sungguh aku tak pernah idamkan untuk tinggal di sini...benar tak mungkin aku impikan berjauhan dengan keluargaku...namun takdir itu adalah yang paling benar telah tertulis untukku....Asyik aku berfikir mengapa aku disini hingga aku terlupa akan hikmah yang terselindung sebaliknya....sunyi merantai hati...sebak menguasai diri..namun takkan sesekali ku biar air mata ini tumpah hanya kerana keseorangan di sini...aku mengimbas kembali catatan silamku...memori yang pernah ku jalani..ku selak helai demi helai pengalaman....kebenaran itu menyentap jiwaku..aku telah melakukan kesilapan dahulu...tidaklah perlu untuk ku mencoret segalanya...cukuplah sekadar aku berasakan pahitnya itu....langkah ini akan terus maju takkan ku biar ia undur walau sesaat....waktu yang masih tersisa ini ku manfaatkan  sebaiknya...walaupun kadang kala berat hati ini untuk menerima kenyataan bahawa aku telah bersada di sini...namun perjuangan ini harus diteruskan.......

Isnin, 22 Ogos 2011

Kenapa?????

Perkataan kenapa sering diungkapkan...kenapa jadi begini...kenapa begitu...kenapa saya yang harus alami masalah ini dan kenapa bukan dia...kenapa adalah persoalaan yang selalu ditanya...tapi tahukah kita bahawa setiap soalan tidak semestinya ada jawapan....persoalan yang sentiasa berlegar diruangan minda tidak semestinya terjawab sesuai mengikut kehendak kita...malah mungkin sahaja jawapan itu tidak pernah terfikir oleh kita....contohnya begini...seorang miskin selalu tertanya mengapa dia tidak sekaya orang lain,apakah dia tidak layak untuk hidup senang seperti orang lain..namun dia tidak mengetahui bahawa mungkin tuhan tidak menjadikan dia sebagai orang yang berada kerana mungkin sahaja dia akan menjadi orang yang riyak dan cintakan kemewahan...begitu juga dengan kita...sering kita tertanya kenapa Allah timpakan kita dengan pelbagai masalah sedangkan kita sudah buat amalan yang sehabis baik sepanjang usia kita.Kita mula bertanya..kenapa Ya Allah....aku tidak sekuat ini untuk menghadapi dugaanmu..aku tidak mampu Ya Allah..kita pun menangis teresa-esak memikirkan kenapa mesti kita yang harus lalui situasi ini...tapi pernahkah kita terfikir ujian yang diberikan kepada kita itu mungkin akan menjadikan kita lebih kuat untuk mengharungi ujian yang mendatang..dan kita juga sebenarnya kadang kala tidak tahu kekuatan kita dalam menghadapi ujian yang diberikan Allah kerana Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita. Kita perlu sedar sekiranya tiada ujian dalam kehidupan kita pasti hidup ini penuh dengan kebosanan.........

Jumaat, 22 Julai 2011

langkah pertama......

tak pernah terlintas di fikiran ini untuk mengatur langkah memulakan alam pengajian di sebuah tempat yang jauh... Universti Malaysia Sabah Kota Kinabalu, perasaanku berkecamuk sama ada ingin pergi atau tidak saat kali pertama aku dapat perkhabaran ini.....setelah lama berfikir rasanya ini yang terbaik. Kita selalu berdoa agar diberikan apa yang kita inginkan tetapi Allah memberikan apa yang kita perlukan......semoga perjalanan ini diberkati dan dirahmati........