Khamis, 31 Mac 2011

kembara hidup

Kehidupan ibarat sebuah pengembaraan.Kadang kala kita berasa seolah-olah lelah untuk meneruskan perjalanan kerana tidak sanggup menempuh onak dan duri.Tatkala itu langkah seakan terhenti dan saat itu kita mencongak sama ada ingin menoleh kebelakang lantas menghentikan perjalanan lalu berpatah balik atau menoleh kebelakang menggarap semua pengalaman dan meneruskan langkah dengan yakin.Inilah kehidupan,yang kuat akan menempuhi hari esok dengan penuh keyakinan manakala yang lemah pula menganggap hari esok adalah suatu mimpi yang amat dahsyat.Namun realitinya yang lemah juga perlu menghadapi hari esok walaupun terpaksa mengharungi onak dan duri cuma situasinya sahaja yang mungkin berbeza.Yang lemah menghadapi hari esok dengan penuh waspada dan mencuba untuk menghadapinya tanpa sedikit kesilapan.Yang kuat pula mungkin tersalah langkah kerana terlalu yakin dengan kebolehan sendiri hingga menyebabkan dirinya terlalu angkuh.Inilah yang terjadi dalam hidup kita.Suatu yang amat penting dalam kehidupan ini ialah sentiasa muhasabah diri.Kenali diri kita sebaiknya.Jangan pernah jemu untuk perbaiki diri dan jangan pernah jemu untuk pelajari sesuatu yang baru dalam hidup kita.Bila langkah yang diatur seakan sedikit sumbang, kembalilah kepada Yang Maha Pencipta.Mintalah petunjuk daripadaNya agar langkah yang diatur kembali lurus.