Sabtu, 3 Disember 2011
sekadar coretan..
malu aku berbicara,
malu untuk aku meluahkan,
sekadar coretan sepi di pinggir hati,
bukan bermaksud ku riya',
bukan juga maksudku menunjuk-nunjuk,
hanya luahan yang harap dapat difahami,
insan-insan yang aku sayangi,
jalan ini aku tempuhi,
sesungguhnya terlalu takut aku rebah sebelum manisnya perjuangan ku genggam,
terlalu sukar dan payah bagi aku seorang insan biasa,
berdiri di bumi ini mencari erti keredhaan,
perlahan ku meniti jalan istiqamah,
merangkak-rangkak pada jalan mujahidah,
tertatih dalam makna kehidupan,
mengharap sinar di hujung jalan,
aku mengharapkan mereka mengerti,
perasaan ini yang sentiasa menghantui,
namun yang pasti,
perjuangan ini takkan ku biar sepi,
meskipun tiada siapa memahami,
jalanku menuju redha ilahi,
terasa jauh kembara ini,
biarpun pahit tetapi ku terokai,
kerana sesungguhnya mujahidah itu pahit kerana nikmat syurga yang teralu manis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan