Jumaat, 28 Oktober 2011

kerana Dia

assalamualaikum...





coretan rasa hati...kalbu menderita sakit..hati berdarah merana....hanya kerana satu kesilapan....aku belajar erti persahabatan, aku belajar erti berdikari tapi aku lupa belajar untuk menghargai diri....satu kesilapan yang membuka mata dan minda....kesilapan yang membuka dosa yang ku anggap tidak mengapa satu ketika dulu...perubahan drastik..itu kata saudaraku...biarlah apa kata mereka..kerana hanya aku yang tahu betapa sakit dan perit lg seksa aku menanggung semua ini....
 
KATA HATI....
sakit rasanya Ya Allah....sakit perasaan ku ini...ujian pertama dalam hidupku sebegini....rasa serba salah dan gelisah menghantui fikiran setiap detik dan masa...Ya Allah..kuatkanlah aku.....Biarlah aku berubah keranaMu...aneh diriku ini diuji sebegini berat baru aku tersedar....hanya kerana satu kesilapan aku malu....terasa diriku insan yang paling hina.....terasa aku hamba yang tak pernah bersyukur...hamba yang tak kenal penciptanya...hanya mengetahui tapi tak pernah mengenali...tahu Kau wujud tapi tak pernah mengenal sifatMu............
         
air mata saat ini sahabat...ya sahabat.....penemanku...kerana aku sudah tak mampu berbicara....

Jumaat, 14 Oktober 2011

sakit.......











Sakit itu lumrah manusia...kerana kita insan yang lemah..Pernahkah saudara mahupun saudari berasa begitu lemah,hilang tempat bergantung saat itu hati meronta inginkan teman untuk berbicara dengan harapan sakit itu akan sembuh.namun,apa yang terjadi sakit itu bertambah malah luka yang sikit kini hampir menjadi besar..Pernahkah kita berasa dunia ini tidak adil bagi kta lantas tanpa sengaja kita ucapkan Ya Allah mengapa aku yang terpilih menghadapi ujian ini sedangkan aku tak pernah menyakiti insan lain,aku tak pernah mengganggu hidup orang lain..apa salahku tuhan..

Fikir Sejenak....
Benarkah kita tidak pernah membuat salah...???...Mungkin sakit yang kita rasakan saat ini adalah peringatan untuk kita,supaya kita kembali mengenang kelakuan kita pada masa lampau terhadap teman-teman,saudara dan keluarga..sakit yang kita rasakan tika ini adalah pengajaran buat kita agar terus kuat menempuh ujian kehidupan..kerana sakit itu memberimu pengajaran yang besar...sebab itu kita perlu bersyukur kerana pernah merasakan sakit.....ada penyakit yang boleh diubati denagn ubat...

Bagaimana dengan sakit rohani??hati???
Hati itu penentu sikap seseorang...hati itu umpama raja bagi tubuh badan,segalanya berkaitan hati....wahai hati kenapa kau bersedih hari ini...wahai hati mengapa kau selalu mendambakan cinta manusia...wahai hati mengapa kau susah untuk mencintai Allah melebihi segalanya...wahai hati mengapa kau selalu risau akan hari esok sedangkan Allah yang menentukan segalanya...mengapa mudah kau berputus asa wahai hati...??hati terdiam..mengapa?????kerana aku kurang bergantung pada Allah..kerana aku lupa Allah pemilik segalanya...sedangkan hati ini juga dicipta oleh Allah....iman...dekatlah engkau dengan hati agar diri ini terbimbing...agar nafsu dapat ditumpaskan...agar hilang segala perasaan ragu dan risau terhadap urusan dunia yang hanya sementara...dekatlah engkau wahai iman agar aku yakin dengan penuh keyakinan bahawa tempat aku bergantung hanya kepada Dia yang Maha Kuasa...agar aku tidak lupa bahawa Dia sentiasa menyayangiku...kerana aku pasti akan menemuiNya...