Sabtu, 2 April 2011

DuhAI HatI

Manusia dijadikan daripada 5 elemen iaitu…roh,jasad,nafsu,akal,hati. Sungguh hebat ciptaan ALLAH.Akal dapat membezakan antara yang baik dan buruk.Namun segala keputusan diputuskan oleh hati.Jika baik hati seseorang itu maka baiklah keputusan yang akan dibuat.Bila kita berbicara pasal hati ada sesuatu yang sangat berkait dengan hati iaitu perasaan.Perasaan tidak boleh disentuh tapi dapat dirasa.Em…disitulah terbitnya rasa rindu yang membuahkan rasa cinta.CINTA…..suatu perkataan yang sukar ditafsirkan.Cinta itu SUBJEKTIF.Tiada kata yang mampu merungkaikan maksud sebenar cinta.Wow…hebatnya cinta yang mampu mengubah duka menjadi gembira,tangis menjadi tawa dan sukar menjadi senang,tapi Allah lagi hebat kerana Dia yang menciptakan segalanya.Cinta terhadap Allah ialah cinta yang hakiki.Cinta sesama manusia pula fitrah manusia.Berapa ramai antara kita yang pernah dilamun cinta???hehehe…tepuk dada,tanyalah hati.Cinta boleh mengubah musim sejuk menjadi musim bunga yang indah..betul ke????ini sekadar madah…segalanya kekuasaan ALLAH.Duhai hati sabarlah jangan terlalu mengikut perasaan hingga sanggup menggadaikan segalanya demi cinta.Cinta itu mungkin sekali milikmu namun mungkin juga ia bukan milikmu.Duhai hati sabarlah sekiranya dia tidak memahami apa yang kau rasakan kerana mungkin itu lebih baik buatmu.Duhai hati sabarlah sekiranya si dia yang kau cintai melupakanmu kerana citi-citanya,mungkin itu lebih baik buatmu dan dirinya agar usia mudamu tidak sia-sia dengan impian yang tidak pasti.Duhai hati relakanlah sekiranya si dia hanya menganggap dirimu sekadar teman biasa kerana mungkin itu lebih baik agar kehormatanmu terjaga.Duhai hati jangan terlalu mengharap cinta si dia kerana mungkin si dia tidak diciptakan untukmu.Barangkali ada seseorang yang lebih baik daripada si dia yang  telah diciptakan untukmu…Tidak salah untukmu mengharap kerana mungkin harapanmu menjadi kenyataan,tetapi jangan terlalu mengharap kerana mungkin kau akan terlalu kecewa.Sedarlah duhai hati cintamu itu perlu kau berikan kepada yang berhak menerimanya.Cintailah penciptamu,kerana kau tidak akan pernah kecewa denganNya.Cintailah Dia sepenuhnya kerana Dia sentiasa bersamamu tatkala kau duka mahupun gembira.Letakkanlah harapanmu sepenuhnya kepada Dia kerana segala harapanmu itu pasti ditunaikan olehNya.Pabila kau peroleh cintanya pasti kau akan berasakan betapa indahnya cinta.Cintailah keluargamu yang selama ini bersamamu ,membesarkanmu dan yang menyayangimu. Tidak salah sekiranya kau menyayangi si dia namun ingatlah duhai hati perasaan itu bisa mendatangkan kemurkaan penciptamu.Duhai  hati sabarlah atas takdir yang telah tertulis untukmu,kerana pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku..DUHAI HATI JANGANLAH KAU BERSEDIH KERANA ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT DIRIMU BERBANDING DIRIMU SENDIRI……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan