Jumaat, 24 Jun 2011

SuNyI.......

Kesunyian menghambat jiwa..saat ini hati mula membentak menginginkan teman yang bukan sahaja sekadar teman malah lebih dari itu. Nafsu mula bersuara mengapa tidak sahaja mencari seseorang mengubat hati yang lara. Tatkala ini gelodak rasa umpama berperang. Akal berkata mengapa mesti mencari seorang insan untuk mengubat lara sedangkan kau tahu pengubat laramu adalah doa. Iman menyokong, bahkan kau juga tahu mengapa meminta kasih kepada insan yang tak punya apa sedangkan penciptamu punya segalanya. Tapi hati sering berpaling tadah kepada nafsu yang inginkan nikmat sementara.. Permulaan kepada sebuah perhubungan yang dinamakan 'cinta'. Ada seorang penulis pernah mencoretkan kata-kata ini dalam bukunya."cinta menjadikan insan yang waras menjadi gila dan cinta menjadi pengubat kepada si gila menjadi waras"... sukar kita nak tafsirkan perubahan perasaan diri. Kadang-kadang kita selalu tertanya-tanya kenapa kita buat begini dan begitu setelah kita membuatnya bukan sebelum melakukannya..Saat itu penyesalan hanya keluhan yang meniti bibir.. keluhan sekadar keluhan yang tak mungkin mampu membalikkan waktu.. Berfikirlah dengan akal yang waras sebelum kita menyesal tak sudah... Pernah tak anda semua mendengar sebuah kisah tentang cinta dalam diam yang sungguh suci. Cinta yang dipendam kerana iman dan kehormatan. Seorang lelaki yang memendamkan cintanya kerana iman, persaudaraan dan cinta. Seorang pejuang yang antara terawal beriman kepada Allah, namun kerana berasakan dirinya tak punya apa-apa cinta itu sekadar dihati tak terzahir dengan pengucapan. Perkhabaran tentang sahabat baik Nabi Muhammad iaitu Abu Bakar As-Siddiq yang melamar puteri baginda iaitu Fatimah benar-benar menggoncang hatinya. Abu Bakar merupakan sahabat baik baginda yang sentiasa membenarkan kata-kata baginda, Abu Bakar juga seorang saudagar yang pastinya mampu membahagiakan Fatimah sedangkan dirinya tak punya apa. Namun pinangan Abu Bakar ditolak oleh baginda. Cinta Ali sekali lagi teruji apabila Umar al-Khattab yang merupakan seorang pejuang yang berani mengisytiharkan keislamannya itu telah melamar Fatimah. Namun sekali lagi pinangan itu ditolak. Kedatangan Abu Bakar ke rumah Ali pada suatu hari telah menyinarkan kembali cintanya kepada Fatimah. Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Siddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Beliau telah menolak semua lamaran itu. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”  Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a.
 berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.” Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Saidina Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan  Rasul-Nya dunia
dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!” Begitulah kisah cinta Ali kepada Fatimah yang tak pernah diucapkan namun Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati setiap insan. Cinta agung seorang pejuang yang berani di medan perjuangan namun takut untuk meluahkan isi hati kerana iman, persaudaraan dan cintanya yang lebih agung kepada Allah. Sukar untuk melindungi perasaan yang hadir dalam hati namun itulah ujian yang perlu kita hadapi sebagai insan yang mengaku beriman kepada Allah. Sedarlah, kita hanya hamba, apa yang harus bagi seorang hamba, kita perlu sedar kita hanya dimiliki tak mampu memiliki, kita perlu sedar kita layak diuji kerana kita seorang hamba, hamba kepada Yang Maha Esa.... Andai sesuatu ujian dilempari ke atas kita janganlah kita bertanya mengapa aku diuji sedangkan aku telah menjalankan segala yang harus aku jalankan sebagai hambaNya. Hanya satu jawapan yang ada bagi persoalan itu- kita hanya seorang hamba. Bayangkanlah kita berjalan di sebatang jalan yang lurus diterangi dengan cahaya, namun kita tetap tersungkur lalu kita tertanya-tanya mengapa aku jatuh sedangkan cahaya berada di sekelilingku.. jawapannya kita selalu leka kita berada di jalan yang lurus dan diterangi cahaya hingga kita memandang remeh akan batu yang berada di jalan itu. Tanpa berhati-hati tentu sahaja kita akan terjatuh. Itu semua terjadi kerana kita hanya seorang hamba yang memang layak diuji.

Isnin, 6 Jun 2011

bagaimanakah hari ini???

Assalamualaikum.......
Apa khabar iman kita hari ini???sihat atau sakit...???andainya sihat sentiasalah perbaiki agar sentiasa sihat andainya tidak sihat cepat-cepatlah cari penawarnya agar cepat sembuh....iman itu benteng kita daripada segala musibah...iman juga penenang saat kita kecewa dalam dugaan hidup..namun iman itu tinggi nilainya kerana ia tak mampu dibeli apatah lagi diwarisi namun ia perlu dicari...Ingatlah sesuatu takkan datang dengan sendirinya tanpa dicari dan perlu dijaga jika sudah dimiliki.... jagalah setiap perkara yang kita lakukan agar kita tidak menjadi insan yang melampaui batas...laksanakan amalan yang rukun dengan sempurna dan amalan sunat seikhlasnya....pesanan ini ku tujukan untuk diriku juga kerana kita hanya insan biasa tak lepas daripada kesilapan....

dalam meniti kehidupan...jangan sesekali kita mengalah..bangkitlah walaupun telah jatuh beribu kali..jangan cepat menyerah...jangan mudah mengaku kalah sebelum berjuang...kita semua memiliki kelebihan tersendiri gunakanlah kelebihan itu untuk menang dalam perjuangan namun kita juga punya kekurangan tersendiri..oleh itu,kita perlu saling membantu...jangan angkuh dengan kelebihan yang dimiliki kerana kelebihan yang kita ada hanyalah pinjaman daripada Yang Maha Esa

Sabtu, 4 Jun 2011

sudah lama rasanya tak menulis...ketandusan idea ditambah pula dengan kekalutan minda dan hati yang cukup melumpuhkan perasaan..realitinya kehidupan ini tak lepas daripada masalah..segala kemungkinan boleh berlaku namun diri amat lemah bila berbicara pasal hati..nafas umpama tersekat..sungguh sakit jika dibandingkan luka yang terlihat..hati yang cedera perlu diubat...doa...itulah yang perlu....

Sinar Kekuatan..

dalam mencari sebuah kepastian..
kita terlepas erti kesabaran...
mencari sesuatu di dalam gelap..
nyatanya kita dahagakan kerdipan cahaya...
bukankah hidup ini ada likunya..
di saat itu ambillah kesabaran sebagai pedoman..
buanglah ketakutan yang menyelimuti diri..
gantikanlah ia dengan ketabahan seorang mujahid islami...
jalanlah tanpa gentar..
pasti gemilang kan kau genggam...