Isnin, 22 Ogos 2011

Kenapa?????

Perkataan kenapa sering diungkapkan...kenapa jadi begini...kenapa begitu...kenapa saya yang harus alami masalah ini dan kenapa bukan dia...kenapa adalah persoalaan yang selalu ditanya...tapi tahukah kita bahawa setiap soalan tidak semestinya ada jawapan....persoalan yang sentiasa berlegar diruangan minda tidak semestinya terjawab sesuai mengikut kehendak kita...malah mungkin sahaja jawapan itu tidak pernah terfikir oleh kita....contohnya begini...seorang miskin selalu tertanya mengapa dia tidak sekaya orang lain,apakah dia tidak layak untuk hidup senang seperti orang lain..namun dia tidak mengetahui bahawa mungkin tuhan tidak menjadikan dia sebagai orang yang berada kerana mungkin sahaja dia akan menjadi orang yang riyak dan cintakan kemewahan...begitu juga dengan kita...sering kita tertanya kenapa Allah timpakan kita dengan pelbagai masalah sedangkan kita sudah buat amalan yang sehabis baik sepanjang usia kita.Kita mula bertanya..kenapa Ya Allah....aku tidak sekuat ini untuk menghadapi dugaanmu..aku tidak mampu Ya Allah..kita pun menangis teresa-esak memikirkan kenapa mesti kita yang harus lalui situasi ini...tapi pernahkah kita terfikir ujian yang diberikan kepada kita itu mungkin akan menjadikan kita lebih kuat untuk mengharungi ujian yang mendatang..dan kita juga sebenarnya kadang kala tidak tahu kekuatan kita dalam menghadapi ujian yang diberikan Allah kerana Allah tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita. Kita perlu sedar sekiranya tiada ujian dalam kehidupan kita pasti hidup ini penuh dengan kebosanan.........

Jumaat, 22 Julai 2011

langkah pertama......

tak pernah terlintas di fikiran ini untuk mengatur langkah memulakan alam pengajian di sebuah tempat yang jauh... Universti Malaysia Sabah Kota Kinabalu, perasaanku berkecamuk sama ada ingin pergi atau tidak saat kali pertama aku dapat perkhabaran ini.....setelah lama berfikir rasanya ini yang terbaik. Kita selalu berdoa agar diberikan apa yang kita inginkan tetapi Allah memberikan apa yang kita perlukan......semoga perjalanan ini diberkati dan dirahmati........

Jumaat, 24 Jun 2011

SuNyI.......

Kesunyian menghambat jiwa..saat ini hati mula membentak menginginkan teman yang bukan sahaja sekadar teman malah lebih dari itu. Nafsu mula bersuara mengapa tidak sahaja mencari seseorang mengubat hati yang lara. Tatkala ini gelodak rasa umpama berperang. Akal berkata mengapa mesti mencari seorang insan untuk mengubat lara sedangkan kau tahu pengubat laramu adalah doa. Iman menyokong, bahkan kau juga tahu mengapa meminta kasih kepada insan yang tak punya apa sedangkan penciptamu punya segalanya. Tapi hati sering berpaling tadah kepada nafsu yang inginkan nikmat sementara.. Permulaan kepada sebuah perhubungan yang dinamakan 'cinta'. Ada seorang penulis pernah mencoretkan kata-kata ini dalam bukunya."cinta menjadikan insan yang waras menjadi gila dan cinta menjadi pengubat kepada si gila menjadi waras"... sukar kita nak tafsirkan perubahan perasaan diri. Kadang-kadang kita selalu tertanya-tanya kenapa kita buat begini dan begitu setelah kita membuatnya bukan sebelum melakukannya..Saat itu penyesalan hanya keluhan yang meniti bibir.. keluhan sekadar keluhan yang tak mungkin mampu membalikkan waktu.. Berfikirlah dengan akal yang waras sebelum kita menyesal tak sudah... Pernah tak anda semua mendengar sebuah kisah tentang cinta dalam diam yang sungguh suci. Cinta yang dipendam kerana iman dan kehormatan. Seorang lelaki yang memendamkan cintanya kerana iman, persaudaraan dan cinta. Seorang pejuang yang antara terawal beriman kepada Allah, namun kerana berasakan dirinya tak punya apa-apa cinta itu sekadar dihati tak terzahir dengan pengucapan. Perkhabaran tentang sahabat baik Nabi Muhammad iaitu Abu Bakar As-Siddiq yang melamar puteri baginda iaitu Fatimah benar-benar menggoncang hatinya. Abu Bakar merupakan sahabat baik baginda yang sentiasa membenarkan kata-kata baginda, Abu Bakar juga seorang saudagar yang pastinya mampu membahagiakan Fatimah sedangkan dirinya tak punya apa. Namun pinangan Abu Bakar ditolak oleh baginda. Cinta Ali sekali lagi teruji apabila Umar al-Khattab yang merupakan seorang pejuang yang berani mengisytiharkan keislamannya itu telah melamar Fatimah. Namun sekali lagi pinangan itu ditolak. Kedatangan Abu Bakar ke rumah Ali pada suatu hari telah menyinarkan kembali cintanya kepada Fatimah. Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Siddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Beliau telah menolak semua lamaran itu. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”  Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a.
 berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.” Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Saidina Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan  Rasul-Nya dunia
dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!” Begitulah kisah cinta Ali kepada Fatimah yang tak pernah diucapkan namun Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati setiap insan. Cinta agung seorang pejuang yang berani di medan perjuangan namun takut untuk meluahkan isi hati kerana iman, persaudaraan dan cintanya yang lebih agung kepada Allah. Sukar untuk melindungi perasaan yang hadir dalam hati namun itulah ujian yang perlu kita hadapi sebagai insan yang mengaku beriman kepada Allah. Sedarlah, kita hanya hamba, apa yang harus bagi seorang hamba, kita perlu sedar kita hanya dimiliki tak mampu memiliki, kita perlu sedar kita layak diuji kerana kita seorang hamba, hamba kepada Yang Maha Esa.... Andai sesuatu ujian dilempari ke atas kita janganlah kita bertanya mengapa aku diuji sedangkan aku telah menjalankan segala yang harus aku jalankan sebagai hambaNya. Hanya satu jawapan yang ada bagi persoalan itu- kita hanya seorang hamba. Bayangkanlah kita berjalan di sebatang jalan yang lurus diterangi dengan cahaya, namun kita tetap tersungkur lalu kita tertanya-tanya mengapa aku jatuh sedangkan cahaya berada di sekelilingku.. jawapannya kita selalu leka kita berada di jalan yang lurus dan diterangi cahaya hingga kita memandang remeh akan batu yang berada di jalan itu. Tanpa berhati-hati tentu sahaja kita akan terjatuh. Itu semua terjadi kerana kita hanya seorang hamba yang memang layak diuji.

Isnin, 6 Jun 2011

bagaimanakah hari ini???

Assalamualaikum.......
Apa khabar iman kita hari ini???sihat atau sakit...???andainya sihat sentiasalah perbaiki agar sentiasa sihat andainya tidak sihat cepat-cepatlah cari penawarnya agar cepat sembuh....iman itu benteng kita daripada segala musibah...iman juga penenang saat kita kecewa dalam dugaan hidup..namun iman itu tinggi nilainya kerana ia tak mampu dibeli apatah lagi diwarisi namun ia perlu dicari...Ingatlah sesuatu takkan datang dengan sendirinya tanpa dicari dan perlu dijaga jika sudah dimiliki.... jagalah setiap perkara yang kita lakukan agar kita tidak menjadi insan yang melampaui batas...laksanakan amalan yang rukun dengan sempurna dan amalan sunat seikhlasnya....pesanan ini ku tujukan untuk diriku juga kerana kita hanya insan biasa tak lepas daripada kesilapan....

dalam meniti kehidupan...jangan sesekali kita mengalah..bangkitlah walaupun telah jatuh beribu kali..jangan cepat menyerah...jangan mudah mengaku kalah sebelum berjuang...kita semua memiliki kelebihan tersendiri gunakanlah kelebihan itu untuk menang dalam perjuangan namun kita juga punya kekurangan tersendiri..oleh itu,kita perlu saling membantu...jangan angkuh dengan kelebihan yang dimiliki kerana kelebihan yang kita ada hanyalah pinjaman daripada Yang Maha Esa

Sabtu, 4 Jun 2011

sudah lama rasanya tak menulis...ketandusan idea ditambah pula dengan kekalutan minda dan hati yang cukup melumpuhkan perasaan..realitinya kehidupan ini tak lepas daripada masalah..segala kemungkinan boleh berlaku namun diri amat lemah bila berbicara pasal hati..nafas umpama tersekat..sungguh sakit jika dibandingkan luka yang terlihat..hati yang cedera perlu diubat...doa...itulah yang perlu....

Sinar Kekuatan..

dalam mencari sebuah kepastian..
kita terlepas erti kesabaran...
mencari sesuatu di dalam gelap..
nyatanya kita dahagakan kerdipan cahaya...
bukankah hidup ini ada likunya..
di saat itu ambillah kesabaran sebagai pedoman..
buanglah ketakutan yang menyelimuti diri..
gantikanlah ia dengan ketabahan seorang mujahid islami...
jalanlah tanpa gentar..
pasti gemilang kan kau genggam...

Isnin, 25 April 2011

MIMPI SEMALAM


Rintik-rintik hujan membasahi hijabmu.Anggun, itulah perkataan yang terbit dalam hatiku.Kali pertama
 melihatmu dalam keadaan begini telah menggoyah imanku.Astghfirullah,ampukan aku Ya Allah kerana menatap seorang insan yang bukan mahramku.Dari jauh aku melihat engkau pergi,niat hati ingin menyapamu namun ku biar dikau berlalu pasti suatu masa nanti kita akan bertemu.Lalu aku pun melangkah ke destinasiku.Ainul Mardiah indah namamu.Engkau ibarat bidadari syurga yang turun ke muka bumi.MasyaAllah fikiran ku melayang jauh mengenang peristiwa tadi..
Haikal pemuda tampan.Berusia lewat 20an.Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah.Menjadi seorang guru bukannya mudah.Untuk mendidik anak bangsa memerlukan pengorbanan apatah lagi guru yang ditugaskan ke kawasan pedalaman.Tugas harus dilaksanakan dengan sabar dan semangat yang tinggi agar bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang mempunyai intelektual yang tinggi malah juga melahirkan pelajar yang lengkap dengan ilmu kehidupan agar mereka menjadi insan yang mempunyai pekerti yang mulia.Kewajipan seorang guru bukan sahaja mengajar akademik di sekolah malah guru juga perlu membimbing pelajarnya agar tidak tersalah mengatur langkah dalam kehidupan.Kata-kata ini sentiasa tersemat dalam jiwa Haikal yang mendorongnya menjadi guru yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa.
Krrrriiiiinggg……loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.Haikal mengambil bukunya di atas meja lalu bergegas ke kelas 6A1.Haikal mengajar matapelajaran bahasa Melayu tingkatan 6.Tapi perasaannya hampa ketika memasuki kelas itu.Hanya sebilangan pelajar barada di dalam kelas itu selebihnya mengambil kesempatan untuk masuk lewat.Bila ditanya pelbagai alasan diberikan.Oleh sebab itu Haikal mengambil keputusan untuk tidak bertanya.Haikal terus memulakan kelasnya.`Perkataan Melayu telah digunakan sejak abad kedua.M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographik Sintaxis.Perkataan Melayu juga turut terdapat dalam kitab Hindu purba yang berjudul Purana.Terdapat perkataan Malaya Dvipa yang dikatakan merujuk kepada Pulau Sumatera yang merupakan tempat asal bahasa Melayu. Pada awalnya istilah bahasa Melayu hanya dikaitkan dengan konsep kerajaan.’Haikal tidak meneruskan kata-katanya.Terdapat seorang dua pelajarnya yang sudah menguap.Biasalah bila perkara yang melibatkan asal usul mesti membosankan.`Saya nak kamu semua cari maklumat selebihnya tentang definasi awal istilah Melayu.’Pelajarnya mula mengeluh.`Tapi cikgu semua maklumat dah ada dalam buku,kenapa nak cari lagi?’ `Saya nak kamu semua usaha,jngan harapkan buku itu sahaja,lagipun kamu semua bukan budak-budak lagi’.Semua pelajarnya membisu tanda protes.Haikal tersenyum walaupun pelajarnya ini agak malas namun mereka tidak pernah lambat untuk menyiapkan tugasan yang diberi.Haikal keluar daripada kelas tersebut.            Haikal memasuki bilik guru.Dia melepaskan kepenatannya sejenak.Haikal mencapai sebuah diari di atas mejanya itu.Diselaknya perlahan-lahan setiap helaian diari tersebut.Setiap helaian diari itu membawanya ke setiap kenangan antara dia dan Ainul Mardiah,teman sepermainannya dulu.Haikal terkenang peristiwa tadi saat dia terlihat Ainul Mardiah disebuah kedai.Pada masa itu hujan turun agak lebat.Namun dia masih belum bersedia untuk menemui Ainul Mardiah.Mungkin ingatan Ainul Mardiah terhadapnya telah pudar kerana persahabatan mereka tidak lama kerana Ainul Mardiah terpakasa berpindah ekoran ayahnya telah bertukar tempat kerja.`Kau buat apa tu?’ Haikal tersentak daripada lamunannya.`Dah la tak bagi salam,main sergah je,terkejut aku.’`Aku dah bagi salam tadi,kau tu yang tak dengar’ kata cikgu Halim yang merupakan guru matematik.Haikal sekadar tersengih.`Apa yang kau menungkan tadi,aku bagi salam pun tak dengar,teringat girlfriend ke?’ `aku ni mana ada girlfriend tak ada sapa yang nak dekat aku ni,muka pun tak handsome lain la kalau macam kau ramai perempuan tergila-gilakan kau’.`Aku ni dah kahwin anak pun dah dua,kau tu sampai bila nak membujang? Cikgu Siti tu belum berpunya kau pergi la tanya dia mana nak tau sangkut pula nanti’kata cikgu Halim sengaja hendak menyakat Haikal.Haikal tertawa mendengarkan kata-kata cikgu Halim.
***
Haikal memakir keretanya di bawah pohon yang rendang.Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke gigi air laut.Terlihat kanak-kanak yang ketawa keriangan berlari-lari bersama ombak yang menghempas pantai.Begitulah juga dia dan Ainul Mardiah suatu ketika dahulu.Di sinilah dia dan Ainul Mardiah selalu bermain.Haikal teringat kata-kata ibunya dan ibu Ainul Mardiah,`kamu berdua ni macam belangkas,pergi ke mana-mana mesti berdua,tak boleh nak berpisah.’Haikal tersenyum pabila teringatkan kata-kata itu.Benarkah aku dn Ainul Mardiah tak dapat dipisahkan.Andai masih ada peluang untuk aku bertemu dengannya masihkah dia seperti dahulu.`Assalamualaikum’ seorang gadis memberi salam kepada Haikal.`Waalaikumussalam’ Haika lmenjawab salam gadis itu lalu menoleh.Gadis itu tersenyum mesra melihat Haikal.`Selalu ke datang sini? Haikal sengaja bertanya kepada Ainul Mardiah untuk memulakan perbicaraan .Ainul Mardiah sekadar tersenyum dan mengangguk tanpa menoleh kearah Haikal pandangannya dilontarkan kearah laut.Malu barangkali gumam Haikal.Belum sempat Haikal meneruskan perbicaraan ,Ainul Mardiah meminta diri untuk pulang.Haikal sekadar melihat gadis itu berlalu pergi.
***                 
`Ainul pergi mana tadi? Ada orang datang Ainul pula tak ada dekat rumah’.`Siapa yang datang tadi mak? Rasanya saudara-mara kita tak ada pula bagi tahu nak datang.’Ibunya sekadar membisu..`Sudah la tu,pergi panggil adik-adik kamu makan’.`Mak ni,tak bagi tahu lagi siapa yang datang tadi.’`Tak apalah Ainul kalau ada rezeki jumpa juga kamu dengan mereka nanti’.Ibunya masih ingin berahsia.Ainul mengeluh,malas untuk bertanya lagi kerana ibunya pasti memberikan jawapan yang sama.
***   
Cuti sekolah sudahpun bermula.Namun bagi Haikal, tugasnya tidak berhenti.Haikal memutuskan untuk mengadakan kelas tambahan supaya lebih banyak latihan dapat dilakukan oleh pelajarnya menjelang peperiksaan nanti.`Haikal,sarapan lah dulu,awal lagi ni,kalau kamu pergi sekarang pun belum tentu budak-budak tu dah sampai.’`Ye la’..jawab Haikal ringkas,sekiranya dia tidak mengikut kata ibunya pasti ibunya tidak berhenti berceramah pagi itu.`Mak dengar anak Haji Ismail tu dah balik dari Mesir,kamu tak ada ke jumpa dia?’.`Eh,bila dia balik,tak ada pula Haikal jumpa dia.’Iskandar merupakan anak haji Ismail.Haikal dan Iskandar berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi.Namun selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia,Iskandar menyambung pelajarannya di Mesir.`Mak,Haikal nak pergi ni,’.Sebelum Haikal ke sekolah dia berhasrat menyinggah sebentar di rumah Iskandar.Rindu benar dia terhadap sahabat karibnya itu. `Assalamualaikum.’Haikal member salam kepada seorang pemuda di hadapan rumah haji Ismail.`Waalaikumussalam’pemuda tersebut berjabat tangan dengan Haikal, lalu dipeluknya Haikal erat.`Lama kita tak jumpa,aku baru nak pergi rumah kau tadi’kata Iskandar dengan girang.`Tadi mak aku cakap kau dah balik,tu yang aku datang ni,lagipun aku nak pergi sekolah sikit lagi.’`Kau dah kahwin ke?’Haikal seakan malas untuk menjawab pertanyaan Iskandar.`Ish,kenapalah orang selalu tanya aku soalan macam ni,tak ada soalan lain ke.’`Hehehe…rileks la..jangan la marah,aku tanya je.’`Kau tu tanya orang,kau tu dah kahwin ke?’. `Belum..aku suruh keluarga aku yang uruskan’.Iskandar anak yang taat dia tidak pernah membantah keputusan orang tuanya.`Dah lama kau tak balik,aku ingat kau nak terus kerja dekat sana’.`Tak kan la aku nak kerja dekat sana sedangkan keluarga aku dekat sini,kesian mak ayah aku,aku ni anak tunggal tak ada adik-baradik,kalau aku tak jaga mak ayah aku,siapa lagi yang nak diharapkan’.`Kau dah mohon kerja ke?’Haikal terus menyoal Iskandar lagaknya seperti seorang pegawai polis menyoal pesalah.`Aku cadang nak uruskan kebun ayah aku je,ayah aku dah tua tak larat nak buat semua kerja tu.’Haji Ismail merupakan seorang yang disegani di kampung itu. Dia bukan sahaja kaya wang ringgit malah kaya budi bahasa dan juga dermawan.`Aku dah lambat la,asyik sangat borak dengan kau tak ingat pula aku ada kelas tambahan.’`Lain kali singgah la rumah aku ni’ kata Iskandar sebelum Haikal berlalu.
*** 
Selesai kelas tambahan Haikal memandu keretanya menuju ke pantai yang sentiasa dikunjunginya.Haikal memang gemar berada di situ.Tempias air laut tepercik ke mukanya.Haikal tersenyum,dia memang senang begitu.Haikal melihat sepasang anak kecil bermain-main di tepipantai.Asyik Haikal memerhatikan gelagat mereka.Ingatannya kembali pada 16 tahun dahulu.`Haikal,janganlah main-main habis basah baju Ainul ni.’Kata Ainul Mardiah pada suatu petang.Ainul Mardiah menjerit tatkala Haikal mengacah ingin menolaknya ke dalam laut.`Eleh..itu pun takut’ sekali lagi Haikal mengusik Ainul Mardiah.Ainul Mardiah memasamkan mukanya,tanda merajuk.`Ini yang malas kawan dengan  budak perempuan,sikit-sikit nak merajuk’.Tanpa mempedulikan kata-kata Haikal,Ainul Mardiah telah melangkah untuk pulang ke rumah.Begitulah mereka saban hari.Walaupun selalu bertengkar namun pesahabatan mereka masih akrab.Namun pada suatu hari reaksi Ainul Mardiah tidak seperti biasa.`Ainul,kenapa nampak sedih je ni?’`Ainul,kenapa diam?’`Ainul tak nak kawan dengan Haikal ke?Haikal terus bertanya kerana Ainul sekadar membisu.`Ainul nak pindah’ .Pandangan Haikal mula berkaca-kaca.`Ayah Ainul ditukarkan ke tempat lain,Ainul akan pindah minggu depan.’Haikal masih menyepi tidak mampu menuturkan apa-apa pada ketika itu.`Haikal jangan lupakan Ainul ya’.Haikal sekadar mengangguk lemah.Haikal  terkenang peristiwa yang memisahkan dia dan Ainul Mardiah pada suatu masa dahulu.Kini dia dan Ainul Mardiah bertemu lagi.Ainul Mardiah bukan lagi budak perempuan yang comot yang selalu menjadi usikannya dahulu.Ainul Mardiah gadis yang cantik yang menjadi pujaannya kini.`Assalamulaikum’ .`Waalaikumussalam,dah lama ke Ainul sampai?’.`Dah,orang tu je yang mengelamun jauh,teringatkan kekasih hati ke?’Ainul Mardiah sekadar mengusik namun jauh di sudut hatinya dia tak mungkin dapat menerima sekiranya Haikal sudah berpunya.`Tak ada lah,Ainul jom duduk dekat sana’Haikal mengarahkan pandangannya ke sebuah pohon yang rendang.`Ainul ingat tak lagi,dulu kita selalu main dekat sini’.`Ingat,Haikal selalu bergayut dekat pokok  ni macam..’Ainul Mardiah tidak meneruskan kata-katanya,namun selepas itu mereka sama-sama tertawa mengingatkan kenangan mereka dahulu.`Ainul, ada banyak perkara yang Haikal nak beritahu Ainul’Haikal terus berkata-kata walaupun dirinya belum brsedia untuk berbicara soal hati.`Apa?’ Haikal membisu tidak tahu bagaimana ingin meluahkan.`Kalau tak cakap sekarang nanti menyesal baru tahu’ Ainul Mardiah seakan memaksa Haikal untuk meluahkan isi hatinya.Haikal menepuk seluarnya menghilangkan debu-debu pasir.Dia melangkah kehadapan,dikutipnya cengkerang lalu dilontarkannya ke dalam laut.Seperti melepaskan sesutu yang terbuku di hati.Ainul Mardiah mengikut langkahnya dari belakang.Haikal menoleh sekilas kea rah Ainul Mardiah kemudian dia berpaling menghadap laut yang luas terbentang.Haikal teragak-agak untuk berkata-kata namun digagahinya walaupun tersekat-sekat.`Sebenarnya….sejak dahulu lagi ada Sesutu yang ingin Haikal katakan.Tapi Haikal nak tunggu masa yang sesuai,belum sempat Haikal nak luahkan Ainul dah pindah.Ainul Mardiah masih diam menanti kata-kata seterusnya.Bibir Haikal seakan kaku,lidah pula seperti membeku.Haikal masih berkira-kira  sama ada ingin meluahkannya atau tidak.Haikal takut Ainul Mardiah mentertawakan dirinya atas apa yang ingin diperkatakannya.Walaupun sukar Haikal tetap bersuara.`Hiakal dah lama sukakan Ainul,Haikal cintakan Ainul.Tapi Haikal takut…Hiakal takut Ainul cuma anggap Haikal sekadar teman biasa.Haikal dah cuba lenyapkan perasaan ini,tapi Haikal tak mampu’.Terasa beban yang ditanggung semakin ringan.Haikal mengamati reaksi Ainul Mardiah.Hampa.Ainul Mardiah masih membisu.Ainul Mardiah melangkah setapak ke hadapan, dalam hatinya berbunga riang.Ternyata pertemuan ini tidak sia-sia.Persahabatan yang dibina semasa kecil telah membuahkan rasa cinta.Ainul Mardiah menoleh lantas tersenyum.Walaupun  lidah tidak berbicara namun hati sudah mula berbisik.Perbualan tanpa suara,tapi hati sudah mula dapat meneka, Haikal mengerti mereka mempunyai perasaan yang sama.
*** 
Ainul Mardiah pulang ke rumah.Di halaman rumahnya tersergam indah dua buah kereta mewah.Entah siapa gerangan tetamu ibunya itu.Belum sempat Ainul Mardiah memijak anak-anak tangga,tetamu ibunya itu sudah meminta diri untuk pulang.Ainul Mardiah tersenyum manis memandang tetamu ibunya dan menyalami mereka tanda hormat.Ibunya juga turut tersenyum,namun senyuman itu umpama senyuman yang penuh rahsia.Kereta mewah itu berangkat pergi.Ainul Mardiah segera bertanya ibunya.`Mak,siapa tu?’Itulah tetamu yang mak cakap dekat Ainul hari tu.Oh…macam ada hajat besar je’.Ainul Mardiah ketawa sengaja berkata begitu.`Memang ada hajat besar pun’Ainul Mardiah terdiam,dia mula berasa suatu perasaan yang kurang enak.`Mereka tu wakil daripada Haji Ismail,nak merisik kamu untuk anaknya Iskandar,mak dah setuju pun.`Kenapa mak tak bincang dengan Ainul dahulu?’kata Ainul dalam nada yang sayu.`Nak bincang apa lagi,mak tengok Iskandar tu budaknya baik,belajar tinggi,lagipun kamu berdua berkawan masa kecil-kecil dulu.’Ainul Mardiah tak mampu berkata apa-apa.Tidak mungkin dia ingkar kata ibunya.Namun,dia perlu korbankan cintanya terhadap Haikal demi impian ibunya yang ingin melihat dia bahagia bersama Iskandar.Ainul Mardiah menekup mulutnya sekuat hati bimbang ibunya terdengar esakannya.Ainul Mardiah masukke kamarnya,dia rebah di sisi katil,pandangannya berpinar.Ainul Mardiah mengambil wuduk untuk solat tahajjud.Malam itu doanya panjang,meminta kekuatan daripada pencipta.Mungkin ini suatu dugaan atau mungkin juga inilah jodohnya,hanya Allah yang lebih mengetahui.
*** 
`Haikal,ada sesuatu yang ingin Ainul katakan’.Haikal menanti penuh debaran.`Ainul juga menyimpan perasaan yang sama seperti Haikal,tapi tak semua yang kita idamkan akan menjadi kenyataan.’`Apa maksud Ainul?’`Semalam mak dah terima pinangan daripada keluarga Iskandar’ Ainul berkata perlahan namun Haikal dapat mendengar getaran suara Ainul  Mardiah yang menahan sebak.Haikal pasrah.`Ainul,tahniah..’Ainul Mardiah terkesima.Haikal begitu mudah ucapkan tahniah,sekelumitpun tidak nampak dia seperti sedang bersedih,Ainul Mardiah terasa dipermainkan.`Ainul,Iskandar punya segalanya,dia berkelulusan tinggi dan pandai dalam ilmu agama sedangkan Haikal masih serba kekurangan,dia ibarat pakej seorang suami yang soleh.’Ainul Mardiah mula mengerti maksud Haikal.`Ainul pulanglah,anggaplah kita tidak pernah bertemu,tidak manis sekiranya dilihat oleh orang lain kita berdua di sini,jangan timbulkan fitnah,Ainul perlu menjaga nama baik keluarga Ainul dan bakal mertua Ainul.Bagai dipukau Ainul Mardiah menuruti permintaan Haikal.Tinggallah Haikal keseorangan di pantai itu.`Aku sendiri tersalah dalam memaknakan cinta.Ainul,kau tidak layak bersamaku kerana aku tidak sesempurna Iskandar yang boleh memberimu kemewahan dunia dan kemewahan ilmu akhirat.Ainul,perjalanan ini masih jauh,aku juga perlu mencari cinta,bukan cinta seorang insan bernama wanita namun cinta seorang hamaba kepada penciptanya.Aku masih kekurangan cinta itu.Aku tak layak mengungkapkan perkataan sedih kerana siapalah aku untuk melawan takdir.Cinta bukan untuk dimiliki,kadang kala melepaskan seseorang itu pergi bersama orang lain yang mampu memberinya kebahagiaan juga dinamakan cinta.Namun ada satu perkara yang selalu kita leka dan lupa,cinta kepada Yang Maha Pencinta.Jika kita dapat meraih cinta itu pasti tiada perkataan duka dalam jiwa .