MAWARKU………………..
dirimu cukup indah.Keindahanmu menarik perhatian sang kumbang .Harum baumu mampu menyegarkan hari yang suram. Ah….mawarku..tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata tentang keindahanmu.Sesiapa sahaja yang melihatmu pasti ingin menyuntingmu.. Kau kejadian terindah mawarku.Mawarku duri itu perlindunganmu. Gunakanlah ia sebagai senjatamu. Mawarku…janganlah kau gunakan keindahanmu itu untuk memperdaya sang kumbang untuk melunaskan impianmu. Janganlah kau pamerkan keindahanmu itu sewenang-wenangnya.Janganlah kau cemarkan warnamu dengan palitan hitam yang nyata itu adalah kekotoran. Janganlah kau biarkan keharumanmu itu hilang kerana kau pasti tidak berharga lagi.. Mawarku awaslah dengan persekitaranmu kerana ada tangan yang rakus ingin mencuba untuk merosakkan keindahanmu. Mawarku duri yang diciptakan itu janganlah kau buangkannya kerana pasti dirimu terancam. Mawarku………keindahanmu itu adalah kurniaan penciptamu,janganlah kau terlalu angkuh dengan keindahan itu kerana bila tiba masanya kau tetap akan gugur kerana itu adalah putaran hidup .Mawarku…hadirmu didunia ini sebagai penyeri.Serikanlah dunia ini dengan kasih sayangmu.Mawarku…jangan kau biarkan warnamu pudar kerana kealpaanmu…jangan kau biarkan keindahan yang dikurniakan itu membunuhmu kembali…Bersyukurlah mawarku kerana kau diberikan peluang untuk melihat dunia ini…………
Pencari cinta hakiki

Tiada ulasan:
Catat Ulasan